Fasiliti Perubatan | Hospital terbengkalai dijangka siap ikut jadual ditetapkan

2022-09-21 0

Tiada lagi isu terbengkalai, sebaliknya projek hospital di Sarawak kini mengikut jadual yang ditetapkan.

Antaranya projek Hospital Petra Jaya yang diteruskan melalui lantikan kontraktor penyelamat dengan peratusan pembinaan sudah mencapai 25.95 peratus, jelas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.